14 Feb 2014
Oleh Elrafaei Sapi
Kuala Lumpur: “Saya tidak tahu perbuatan itu syirik dan terpedaya
membeli empat paku demak berharga RM200 bertujuan mengubati isteri saya
yang sakit selama dua tahun, tetapi tidak sangka kesan sebaliknya
berlaku apabila dia bertambah sakit,” kata Fauzi, 32, yang insaf atas
perbuatannya menggunakan pendinding untuk menghalau makhluk halus.
Menurutnya, dia diperkenalkan rakan kepada seorang lelaki
menggelarkan diri sebagai ustaz yang dikatakan mempunyai kelebihan mampu
merawat pelbagai jenis penyakit.
“Dia mencadangkan saya berjumpa dengan ustaz ini di Pahang.
“Sebelum itu pelbagai ikhtiar sudah dilakukan termasuk berjumpa doktor, tetapi dia tidak sembuh, sehingga saya sanggup buat apa saja termasuk membeli empat paku yang dijual ustaz ini,” katanya.
“Sebelum itu pelbagai ikhtiar sudah dilakukan termasuk berjumpa doktor, tetapi dia tidak sembuh, sehingga saya sanggup buat apa saja termasuk membeli empat paku yang dijual ustaz ini,” katanya.
PENDINDING selain Allah adalah perbuatan syirik.
Katanya, dia pada mula tidak mengesyaki membeli paku besi sepanjang 10.16 sentimeter (4 inci) untuk dijadikan sebagai tangkal merawat isterinya itu perbuatan syirik yang sebenarnya mengundang syaitan.myMetro
No comments:
Post a Comment