Wednesday, February 5, 2014

Tentera tolak rampas kuasa

05 Feb 2014

Bangkok, myMetro: Ketua angkatan tentera Thai Jeneral Prayuth Chan-ocha menegaskan dia tidak boleh diarahkan sesiapa untuk melaksanakan rampasan kuasa, malah dia tidak akan melayan langsung sebarang pandangan dari pihak selain tentera atau arahan yang mungkin melanggar peraturan angkatan tentera.
 
Prayuth mengulas laporan bahawa ramai pegawai kanan memberi tekanan terhadap pihak tentera untuk bertindak bagi menghentikan kemelut politik negara itu.

“Saya sudah dewasa, bukan kanak-kanak lagi. Tidak sesiapa pun boleh memaksa membuat sesuatu.
“Saya melaksanakan tugas mengikut peraturan ditetapkan,” katanya.

Disoal sama ada dia menerima surat daripada pegawai kanan dan bekas pegawai tentera lain, Prayuth berkata pihak tentera banyak menerima surat dan jika jawapan diperlukan, perkara itu dikendalikan sekretariat. “Terima kasih atas keprihatinan anda terhadap pihak tentera. Kami berkhidmat untuk semua,” katanya. - Agensi
FotoPENUNJUK perasaan antikerajaan berarak di Bangkok, semalam bagi meneruskan tekanan supaya Perdana Menteri Yingluck meletak jawatan.

No comments:

Post a Comment