Sunday, February 16, 2014

Untuk terus relevan, Umno perlu beri semua pihak bersuara secara adil

OLEH SHERIDAN MAHAVERA February 16, 2014
Para pemimpin Umno perlu mengubah strategi jika ingin terus berkuasa. - Gambar fail. 
Para pemimpin Umno perlu mengubah strategi jika ingin terus berkuasa. - Gambar fail.Menjawab persoalan cendekiawan, kelangsungan Umno bergantung kepada keupayaannya untuk merayu kepada seluruh aspek masyarakat Malaysia – termasuk warga kota dan bukan Islam yang dipinggirkan dalam pilihan raya umum lepas .

Adalah suatu kesilapan apabila menyangka parti Melayu boleh mengekalkan kuasa di Parlimen dengan mewujudkan lebih banyak kerusi Melayu melalui persempadanan semula sempadan pilihan raya.

Begitu juga jika Umno untuk sentiasa memilih bermain dengan sentimen perkauman dan agama bagi menarik lebih ramai sokongan Melayu-Islam untuk memenangi semua kerusi itu .
Sebaliknya, sebagaimana yang dikatakan oleh penceramah pada forum reformasi pilihan raya, perubahan dalam demografi Malaysia dan corak mengundi akan memaksa Umno atau mana-mana parti politik menjadi lebih inklusif dan berkhidmat kepada masyarakat yang pelbagai.

 Peningkatan kepelbagaian masyarakat Malaysia dapat dilihat bagaimana 70% pengundi kini tinggal di kawasan bandar terutama sepanjang Pantai Barat Semenanjung, kata Merdeka Centre.
Malah satu pertiga daripada penduduk Malaysia kini tinggal di Lembah Klang, kata Ibrahim Suffian (gambar).

Namun bilangan bahagian pilihan raya yang mewakili kerusi di Parlimen tidak menggambarkan hakikat ini.
Terdapat lebih banyak kerusi bagi penduduk di luar bandar iaitu di Pantai Timur Semenanjung, Sarawak dan Sabah yang memberikan kuasa kepada pengundi luar bandar untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Ramai ilmuan berhujah bahawa ini adalah faktor kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) Malaysia Timur.
Inilah punca mengapa Umno dan BN hanya menang 47,38% daripada keseluruhan undi, berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang memenangi 50.87%, namun BN mendapat mandat memerintah negara ini .

Justeru, mengikut logik pada persempadanan kawasan pilihan raya Mac ini, dijangka mewujudkan lebih banyak kerusi seperti itu.
Dengan cara itu Umno akan mendapat lebih banyak apa yang dikenali sebagai “kerusi selamat”.
Bagaimanapun, masalah dengan pengundi di kerusi selamat, kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat, adalah parti politik sering memandang rendah terhadap mereka.
"Terdapat kurang insentif bagi wakil yang benar-benar menjaga keperluan anda. Sebaliknya, pihak pembangkang yang menentang berjaya mengalahkan kerana fikir mereka tidak boleh memenangi anda, " kata Wong dari Institut Pulau Pinang.

Wong menggunakan contoh kes kontroversi  kilang penapisan nadir bumi Lynas, di Gebeng, Pahang.
"Pada mulanya ia sepatutnya dibina di Kemaman (Terengganu)," dakwa Wong.
Tetapi kerana Umno memikirkan Pahang adalah negeri yang lebih selamat dari segi politik, loji tersebut dibina di Pahang dan bukannya Terengganu, di mana pengundi pernah “membuang” BN sekali dahulu daripada memimpin kerajaan negeri.

Para pengundi bagaimanapun tidak benar-benar lembut dan mudah dibeli atau ditakutkan dengan hasutan perkauman. Begitu juga dengan formula permainan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan menyokong Umno.
Ini dapat dilihat semasa persempadanan pada 2003, di mana BN mewujudkan lebih banyak kerusi campuran kata Profesor Dr Bridget Welsh dari Universiti Pengurusan Singapura.

Andaian pada masa itu adalah bukan Melayu berada di belakang BN dan Melayu merupakan penyokong pembangkang. Keputusan pilihan raya 2008 memusnahkan formula “kerusi selamat” itu.
"Masyarakat Malaysia adalah dinamik. Ia berubah-ubah dan rakyat dapat menyesuaikan diri dengan sekatan yang dikenakan kepada mereka. Anda tidak boleh menjamin keberkesanan sekarang di masa hadapan," katanya.
Sebagaimana yang diperdebatkan oleh Welsh dan Ibrahim dahulu, politik tempatan dan pentadbiran negeri, seperti sama ada wakil sebenarnya menjaga pengundi dan mengambil mudah mereka, adalah perkara penting kepada pengundi.

Perkara ini sama ada mereka pengundi bandar atau luar bandar, seperti yang dilihat bagaimana PR hilang kerajaan Kedah pada 2013, dan BN kehilangan Terengganu pada 1999, disebabkan ketidakcekapan pengurusan.
Hakikatnya, disebabkan beberapa “kerusi selamat”,  Umno tiada pilihan tetapi sekali lagi menggunakan pendekatan pelbagai kaum. Namun kali ini menurut Welsh, mereka benar-benar serius.

Dengan berfikir ia hanya untuk orang Melayu luar bandar, Umno kehilangan hubungan dengan penduduk Melayu bandar dan bukan Melayu.
"Perdana menteri bergantung kepada pertumbuhan ekonomi. Untuk itu, beliau perlu merentas sempadan etnik. "
Oleh itu, daripada persempadanan semua yang tidak adil, BN terpaksa mendengar pengundi bandar dan memberikan mereka jumlah kerusi yang lebih saksama di Parlimen.
"Jika mereka mahu kestabilan jangka panjang untuk negara, inilah caranya." – 16 Februari, 2014.The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment