18 Feb 2014
Seminggu selepas meletakkan jawatannya
sebagai senator dan timbalan menteri, pengerusi Persatuan Hindraf
Malaysia (PHM) P Waythamoorthy muncul kali pertama dengan mendakwa
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pembohong dan khianat
kepada komuniti India.
Dalam sidang medianya selama 20 minit hari ini, Waythamoorthy turut menggesa Najib (kanan) supaya meletakkan jawatan yang dipegangnya kerana tindakan itu.
"Tindakan itu tidak akan dilupakan oleh generasi akan datang. Kisah ini akan diulang cerita berkali-kali," bidas Waythamoorthy.
Muncul dalam keadaan lesu dan letih, beliau enggan mengambil soalan daripada pemberita yang sesak dalam satu bilik dalam majlis di Brickfields.
Beliau juga meninggalkan sidang media dengan tergesa-gesa selepas membuat kenyataannya.
Pada Isnin lalu Waythamoorthy menyerahkan surat peletakan jawatan, lapan bulan selepas dia menandatangani memorandum kontroversi persefahaman (MoU) dengan BN beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment