06 Mac 2014
Moscow: Seorang pemandu traktor yang mabuk secara tidak sengaja menyebabkan kepala tiga orang terputus selepas dia terbabas dan merempuh kenderaan dinaiki mereka, semalam.
Jacob Gavrilov, 43, menunjukkan paras alkohol lima kali melebihi
tahap dibenarkan manakala lampu kenderaannya tidak dinyalakan ketika
kejadian.
Akibatnya, Joseph Zhdanov, 32, isterinya Maria, 28, dan rakan mereka
mati serta-merta dalam kejadian lewat malam di Irkutsk Oblast, selatan
Russia itu.
Akbat kejadian itu, tayar depan traktor berkenaan tercabut manakala kereta dinaiki mangsa terperosok di bawahnya mengakibatkan bumbung remuk teruk sehingga kepala ketiga-tiga mangsa putus.
Akbat kejadian itu, tayar depan traktor berkenaan tercabut manakala kereta dinaiki mangsa terperosok di bawahnya mengakibatkan bumbung remuk teruk sehingga kepala ketiga-tiga mangsa putus.
Jurucakap polis Andrew Ankudinov berkata, Gavrilov yang tidak cedera cuba melarikan diri namun berjaya dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian. - Agensi/ myMetro
No comments:
Post a Comment