Friday, March 28, 2014

60 Warga Israel ditangkap di Peru

27 Mar 2014
60 Warga Israel ditangkap di Peru
Israel. ©Reuters
 
Merdeka.com - Seramai 60 pelancung Israel ditangkap di wilayah arkeologi di Peru. Mereka merosak tempat itu dengan bermalam sambil mabuk dan pesta seks.

Surat khabar Haaretz melaporkan, Khamis (27/3), mereka juga mencuri beberapa artefak peninggalan Bangsa Inca serta mengambil tanaman biasa menjadi bahan dasar kokain. "Mereka juga sangat menganggu dengan memainkan muzik keras pada dini hari," ujar petugas tidak disebutkan namanya.

Warga Israel memang tersohor mempunyai perilaku buruk jika sedang bercuti di wilayah Amerika Selatan. Dua bulan lalu empat tentera Israel  ditahan di Chile lantaran bikin onar.

Dua tahun lalu seorang warga Israel menyebabkan kebakaran hutan sebab membakar tisu jamban dan buang sembarangan.

No comments:

Post a Comment