Saudara mangsa yang dibunuh lelaki itu mengkritik keputusan juri ke atas James Degorski, 41.
Degorski dihukum penjara kerana menembak dan menikam dua pemilik
restoran dan lima pekerja Brown’s Chicken and Pasta ketika cuba merompak
restoran itu.
Mayat kesemua mereka ditemui di dalam peti sejuk beku premis itu.
Mayat kesemua mereka ditemui di dalam peti sejuk beku premis itu.
James menuduh pengawal di penjara Cook County menumbuknya dan menyebabkan tulang pipi serta soket matanya patah pada 2002, sebaik selepas ditahan dalam kes pembunuhan yang diklasifikasikan sebagai paling kejam dalam sejarah Illinois.
“Jika tulang yang patah bernilai hampir setengah juta, berapa pula nilai tujuh nyawa yang melayang di tangannya?
“Ini semua mengarut,” kata adik kepada seorang dari pemilik kedai yang dibunuh, Ann Ehlenfeldt. - AFP/myMetro 11 March 2014
No comments:
Post a Comment