Setiausaha publisiti DAP Tony Pua berkata
kerajaan Selangor masih berkuasa untuk menghalang kelulusan projek
Langat 2 sekiranya kerajaan persekutuan gagal memenuhi janji dalam
memorandum persefahaman (MOU) penstrukturan semula aset air.
Katanya, kerajaan negeri melalui Menteri Besar Tan Sri Khalid telahpun menunjukkan keikhlasan mereka dengan menandatangani MOU tersebut, walau dengan bantahan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri yang mencurigai kerajaan BN.
“Sekiranya kerajaan Persekutuan gagal memenuhi tanggungjawab mereka dalam rundingan itu mengikut waktu ditetapkan, pasti kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan DUN Selangor akan menggunakan kesemua kuasa mengikut undang-undang negeri dan Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang pemberian lesen selanjutkan kepada badan Kerajaan Persekutuan yang berkaitan untuk projek Langat 2.
“Tanpa kelulusan tambahan ini, projek Langat 2 tidak akan dapat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment