11 Mac 2014
Polis menyiasat empat kemungkinan mengenai pesawat MAS penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.
Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata empat kemungkinan tersebut adalah keganasan, sabotaj, masalah psikologi dan masalah peribadi penumpang dan anak kapal.
Khalid enggan menyatakan sekiranya keganasan adalah faktor yang kurang dipertimbangkan, walau telah mengenalpasti salah seorang dari penumpang yang menaiki penerbangan dengan pasport curi.
"Terdapat kemungkinan yang sama (ke atas semua aspek) sehingga kita menyelesaikan siasatan,” katanya.
Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa “masalah peribadi” itu mungkin melibatkan kemungkinan penipuan insurans.
Katanya, mungkin ada individu dalam penerbangan tersebut yang membeli polis insurans dengan nilai yang tinggi dengan harapan agar agar keluarganya akan mendapat keuntungan.
Khalid berkata, pihak berkuasa juga tidak menolak kemungkinan kegagalan mekanikal atau juruterbang, namun aspek tersebut dikendalikan oleh Jabatan Penerbangan Awam.Malaysiakini

No comments:
Post a Comment