Saturday, March 15, 2014

Meninggal Kerana Suka Menggigit Kukunya

15 Mac 2014

 
Foto: copyright Shutterstock.com  Menggigit kuku menjadi hobby bagi beberapa orang di dunia. Namun, ternyata hobby ini dapat menjadi malapetaka bagi yang melakukannya. Seperti yang dialami seorang lelaki yang sudah berusia 40 tahun ini, lelaki  ini meninggal dunia kerana terkena serangan jantung setelah menggigiti kukunya hingga berdarah.

Seperti dilapor  mirror.co.uk, seorang lelaki  bernama John Gardener meninggal kerana kebiasaannya menggigiti kuku menjadi mula dari serangan jantung fatal yang dialaminya. Luka di bahagian kukunya terinfeksi dan memicu serangan jantung hanya beberapa hari setelah ulang tahunnya yang ke 40.


John Gardener - copyright mirror.co.uk 
John Gardener - copyright mirror.co.uk

Menurut doktor yang merawatnya, kebiasaan John sangat ekstrim, hingga dia tidak lagi merasa sakit kerana kuku yang dia gigiti. Sebelumnya lelaki ini pernah dirawat kerana kecemasan dan depresi yang dialaminya yang membuat kebiasaan menggigiti kukunya bertambah parah. Dia juga menderita penyakit diabetes yang membuatnya mengalami beberapa gangguan kesihatan.

Doktor yang merawatnya juga mengatakan bahawa keadaan kuku John sudah sangat buruk hingga dia tidak dapat merasakan sensasi apa-apa pada kuku jari tangannya. Ibunya, Jean Gardener, 60, mengatakan jika sebenarnya banyak yang dapat dilakukan untuk mencegah kematian tragis puteranya ini. Ibunya mengatakan keluarganya sangat terkejut dengan kematian puteranya ini. Jean berharap kejadian serupa tidak terjadi pada putera orang lain.

Doktor John, dr. Vernon mengatakan, " Keadaan kuku John sentiasa dalam keadaan buruk, setiap kali dia ke doktor kukunya hampir selalu berdarah."
Dalam persidangannya di Bolton disebutkan, John menjalani tindakan perubatan untuk pengangkatan hujung jarinya yang sudah parah, 8 hari setelah dirawat di rumah sakit.Sebelumnya John juga pernah menjalani pembedahan memotong  kaki kanan bahagian bawahnya kerana diabetes.
Ladies, jika anda atau keluarga anda ada yang memiliki kebiasaan menggigit kuku, sebaiknya segera mengurangi kebiasaan ini sebelum menjadi parah dan berakibat fatal.

No comments:

Post a Comment