Saturday, March 22, 2014

Mesej kokpit didedahkan, tiada kejutan

22 Mac 2014

 
 MH370 Tepat dua kali Sabtu yang lalu pada jam 2.41 pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar semasa ia berada di atas Teluk Thailand bersama 239 penumpang dan kru.

8.47 pagi: The Telegraph UK menyiarkan transkrip penuh komunikasi kokpit yang setakat ini tidak didedahkan kepada orang ramai.
 
Walaupun penganalisis berkata mesej itu nampaknya seperti "rutin yang sempurna", tetapi dua ciri dikatakan sebagai  "berpotensi ganjil".
 
Satu daripadanya ialah ulangan enam minit kemudian mesej jam 1.07
pagi bahawa pesawat itu terbang pada ketinggian 35,000 kaki.
 
Jam 1.07 pagi adalah apabila Acars pesawat itu menghantar mesej terakhir sebelum ditutup dalam tempoh masa 30 minit kemudiannya, kata akhbar harian UK itu.
 
Yang kedua ialah kehilangan komunikasi berlaku pada ketika penyerahan pengawalan trafik udara dari Kuala Lumpur kepada pihak Bandar Raya Ho Chi Minh.
 
Ini terutamanya menimbulkan syak wasangka mengenai unsur-unsur jenayah berkaitan kehilangan pesawat tersebut.
 
Ia memetik bekas juruterbang British Airways Stephen Buzdygan yang telah menerbangkan pesawat 777s sebagai berkata, "Jika saya hendak mencuri pesawat tersebut, itulah titiknya untuk saya melakukannya.
 
"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal-pengawal trafik udara berkenaan... Ia adalah satu-satunya masa sewaktu penerbangan, mereka mungkin tidak dapat dilihat dari daratan."

Kerajaan Malaysia bagaimanapun masih membisu mengenai komunikasi kokpit dan dalam sidang akhbar semalam, hanya berkata ia telah disiasat.
 
The Telegraph pula berkata ia telah "berulang kali bertanya" MAS, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengesahkan transkrip mereka, tetapi hanya menerima respon dari Pejabat Perdana Menteri yang berkata ia tidak akan mendedahkan data tersebut.

5.48 pagi: Reuters pagi ini melaporkan bahawa semalam Pentagon berkata ia sedang menimbangkan permintaan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk peralatan pengawasan dasar laut untuk membantu dalam mencari pesawat yang hilang itu.
 
Hishammuddin membuat permintaan itu dalam panggilan telefon kepada Setiausaha Pertahanan Chuck Hagel, kata Pentagon dalam satu kenyataan.
 
Hagel berkata beliau akan menilai ketersediaan dan utiliti teknologi dasar laut tentera untuk tugas seperti itu.
 
[ Baca berita Penuh ]
http://www.malaysiakini.com/news/257851

No comments:

Post a Comment