

“Ringkasnya, tidak banyak interaksi (antara negara) sewaktu pesawat mula-mula hilang.
“Namun kita lihat perkembangan konflik di antara China dan Malaysia
yang kemudiannya tiba ke tahap China mendahului Malaysia,” katanya.
Dalam satu artikel disiarkan The Guardian, yang turut memaparkan
pandangannya, Jessica berkata China bersifart sensitif terhadap kritikan
di sosial media yang menyelar kurang usaha digerakkan mencari pesawat.
Katanya, China masih ingin menunjukkan kekuatan aset ketenteraannya meskipun dalam situasi tegang mencari MH370.
Jessica berkata seingatnya, Australia tidak meminta bantuan China dalam kerja pencarian.
“China memberitahu mereka menggunakan kapal yang tidak jauh berbeza
dari Amerika Syarikat yang diputuskan untuk digunakan di Lautan Hindi.
“Negara itu berpendirian di luar kerjasama antara negara. Secara
realitinya, China hanya biasa menjalankan kerjasama ketenteraan bersama
India.
“Dipersetujui untuk mengukuhkan jalinan kerjasama bersama Malaysia namun ia tidak berlaku,” katanya. – 24 Mac, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment