Harakahdaily Mar 04, 2014
KUALA LUMPUR:
Selama mana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berubah menghambat
keperluan zaman, maka selagi itulah insiden peminat sukan itu akan
terus berlaku, kata AJK PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
“Sungguhpun saya tidak bersetuju dengan tindakan melemparkan bom asap dan membakar suar lalu melemparkannya ke padang kerana bimbangkan keselamatan penonton dan pemain, saya kira ada suatu yang lebih besar daripada itu ialah perubahan yang perlu dilakukan oleh FAM,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Beliau sendiri telah membangkitkan perkara itu beberapa kali di Parlimen agar FAM melakukan sesuatu untuk mengembalikan maruah bolasepak tanah air, terutama perkara yang melibatkan kepimpinan FAM itu sendiri.
“Saya kira itulah asas tragedi di Stadium Selayang tempoh hari,” katanya lagi.
Menurutnya, selama mana FAM tidak berubah menghambat keperluan zaman dan tuntutan bola sepak semasa negara, maka selagi itulah insiden seperti itu dijangka akan terus berlaku dan mungkin keadaan semakin sulit dan getir untk ditangani.
Justeru, ujarnya FAM tidak boleh memekakkan telinga dan membutakan mata dari mendengar dan menyaksikan keluhan dan getusan rasa penyokong bola sepak tanah air seperti Ultras Malaya.
Tambahnya, tanpa penonton dan penyokong yang menyerikan sukan bola sepak tanahair maka hilanglah erti bola dan sepak dalam sukan bolasepak negara.
Katanya lagi, FAM mesti segera sedar perkara ini.
“Bukan hanya mereka mengurus pemain dan pertanding tetapi juga mereka mesti peka dengan kemahuan penonton,” katanya.
Mereka, ujarnya mahu kualiti sukan bola sepak, menang kalah bukan persoalan asas kerana ia adat sesebuah pertandingan.
Namun, kata beliau kualiti yang didambakan.
“Kualiti ini bermula dari pengurusan dan pentadbiran sukan bolasepak negara dan FAM adalah yang bertanggungjawab langsung selain kementerian Belia dan Sukan. Bertindaklah sebelum parah,” ujarnya.

No comments:
Post a Comment