Saudara
kepada penumpang dalam pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370
mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang
terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media.
Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang
yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat
panggilan telefon.
“Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga
yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan
Cina digelar QQ,” lapor Post.
Seorang lelaki memberitahu Washington Post bahawa akaun QQ abang
iparnya menunjukkan bahawa beliau sedang online. – 11 Mac, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment