Misi mencari dan menyelamat antarabangsa untuk MH370 masuk hari ke 12
dengan Thailand sekarang mengatakan tentera mereka mengambil masa 10
hari untuk melaporkan blip radar yang berkemungkinan daripada pesawat
Malaysia Airlines yang hilang “kerana kami tidak memberikan perhatian
kepadanya.”
India juga mengatakan Boeing 777-200ER yang membawa 239 orang itu
berkemungkinan tidak berjaya dikesan melalui Lautan Hindi yang jarang
melakukan semakan radar.
Kedua-dua laporan tidak memberikan petunjuk baru untuk mencari pesawat
hilang itu yang dikatakan “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku
sebelum ini” selepas hilang di udara pada awal pagi 8 Mac dalam
perjalanannya ke Beijing.
Pegawai tentera Thailand mengatakan semalam, radar tentera mengesan
sebuah pesawat yang dipercayai mungkin pesawat MH370 terbang melalui
Selat Melaka selepas beberapa minit sistem komunikasi pesawat Malaysia
itu dipadamkan.
Jurucakap Tentera Udara Thailand, Naib Marsyal Udara Montol Suchookorn
berkata, tentera tidak mengetahui pesawat yang dikesan merupakan pesawat
MH370, lapor Canadian Broadcasting Corporation di laman sesawangnya.
Kegagalan Thailand berkongsi maklumat dengan cepat mungkin tidak
mengubah apa yang pihak berkuasa Malaysia tahu sekarang, tetapi
menimbulkan persoalan bagaimana sesetengah negara berkongsi maklumat
ketenteraan mereka, kata portal berita tersebut.
Gabungan 26 negara, termasuk Thailand, sedang mencari pesawat MH370
dengan krew carian mencari di dua lengkok wilayah gergasi sebesar saiz
Australia – separuh daripadanya di laut terpencil di selatan Lautan
Hindi. Pasukan penyelamat sebelum ini mengadakan operasi pencarian di
Teluk Thailand, tetapi menemui kegagalan.
Pencarian untuk pesawat hilang itu merupakan antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan.
Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) mengatakan pesawat pengawasan P-3
dan P-8 bergerak melalui lautan dengan kaedah yang dikenali sebagai
"memotong rumput," sementara menggunakan radar untuk mengesan sebarang
serpihan bergerak di dalam air dan menggunakan kamera beresolusi tinggi
untuk mengambil gambar.
Pesawat
dan kapal Indonesia dan Australia mencari di kawasan perairan selatan
kepulauan Sumatera sehingga ke selatan Lautan Hindi.
Beberapa kapal tentera laut Malaysia juga sudah memulakan pencarian
pesawat hilang itu selepas lebih banyak aset ketenteraan digunakan untuk
mencari MH370.
Pesawat MH370 berlepas daripada Kuala Lumpur pada 12.41 pagi waktu
Malaysia pada 8 Mac dan transponder yang membenarkan pusat kawalan
trafik udara mengenalpasti dan mengesan pesawat itu terputus komunikasi
pada 1.21 pagi, kata pihak berkuasa Malaysia.
Montol mengatakan radar tenteranya mengesan isyarat pesawat terbang
sekitar pukul 1.28 pagi 8 Mac lalu, pada laluan bertentangan yang
sepatutnya dilalui MH370, kembali menuju ke Kuala Lumpur.
Pesawat itu kemudiannya membelok ke kanan, ke arah Butterworth, sepanjang Selat Melaka.
Isyarat radar tidak kerap dan tidak mengandungi sebarang data seperti nombor penerbangan.
Apabila ditanya mengapa Thailand mengambil masa begitu lama untuk
mendedahkan maklumat itu, Montol berkata, “Pihaknya tidak memberi
perhatian kepada maklumat tersebut. Pasukan Tentera Udara Diraja
Thailand hanya memerhatikan sebarang perkara yang memberi ancaman kepada
negara ini.”
Portal berita Kanada itu melaporkan beliau sebagai berkata pesawat
MH370 tidak pernah masuk ke kawasan udara Thailand dan permintaan
Malaysia untuk mendapatkan maklumat pada awal misi pencarian tidak
spesifik.
"Apabila pihak Malaysia bertanya sekali lagi dan adanya andaian serta
maklumat baru daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak,
kami melihat semula maklumat yang ada.
"Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami mengesahkannya, walaupun memerlukan beberapa pakar untuk mengkaji maklumat tersebut," kata Montol.
Sementara pegawai India memberitahu CNN bahawa jika MH370 terbang melalui selatan Lautan Hindi, berkemungkinan besar sistem radar India tidak akan menyedarinya.
"Ia tidak mengambil masa yang lama untuk kami mengesahkannya, walaupun memerlukan beberapa pakar untuk mengkaji maklumat tersebut," kata Montol.
Sementara pegawai India memberitahu CNN bahawa jika MH370 terbang melalui selatan Lautan Hindi, berkemungkinan besar sistem radar India tidak akan menyedarinya.
Pegawai tentera India mendedahkan sistem radar yang meliputi kepulauan
Andaman dan Nicobar tidak dipantau secara dekat oleh tentera India
seperti pihak lain.
Ini menyebabkan kemungkinan sistem tersebut tidak sedar pesawat MH370
terbang di kawasan tersebut, lapor stesen televisyen antarabangsa itu.
“Jika pesawat 370 terbang melalui koridor selatan, ia berkemungkinan melalui ‘lubang hitam’ di Lautan Hindi.
“Kemungkinan sistem radar India tidak menyedari pesawat 370 menakutkan,
kerana jika mereka menyedari isyarat pesawat tersebut, laluan
penerbangannya dan jadual, kawasan pencarian akan menjadi lebih fokus,”
kata CNN.
Selain lubang hitam dalam pemantauan radar, pesawat tersebut mungkin
juga terbang pada altitud serendah 5,000 kaki bagi mengelak dikesan,
lapor New Straits Times Press pada Isnin.
Tetapi pakar penerbangan mengatakan altitud rendah itu tidak cukup
untuk mengelakkan radar dikesan, kerana sistem tersebut mampu
mengesannya dalam keadaan begitu, dan jika ia terbang rendah, orang yang
berada di bawah pasti akan mengesannya.
Komander William Marks, jurucakap 7th Fleet AS mengatakan mencari
pesawat tersebut sama seperti mencari beberapa orang di antara New York
dan California.
Kawasan pencarian baru meliputi 2.24 juta persegi batu nautika dari
Laut Kaspia ke utara dan selatan Lautan Hindi. – 19 Mac, 2014.
No comments:
Post a Comment