Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata akhbar berbahasa
Cina memanipulasikan insiden MH370 sehingga timbul kemarahan ahli
keluarga mangsa di Beijing. – Gambar The Malaysia Insider, Mac 26, 2014 Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyalahkan media
cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga
membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut
berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.
Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu
memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa
terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mencuba sedaya upaya
untuk menyelesaikan masalah ini, begitu juga dengan pemangku Menteri
Pengangkutan," katanya semasa sesi pengulungan di Dewan Rakyat hari ini.
No comments:
Post a Comment