Tuesday, April 15, 2014

51 dipertimbang untuk tahanan tanpa bicara

14 Apr 2014
Lembaga baru yang diwujudkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 yang dipinda kini sedang meneliti sejumlah 51 kes mengenai sama ada perlu dilakukan tahanan tanpa bicara atau pemantauan elektronik terhadap suspek jenayah.

"Mereka (lembaga) kini sedang jalankan beberapa kajian terhadap 51 kes yang telah dibawa kepada lembaga untuk diteliti sama ada tindakan akan dilakukan untuk letakkan mereka dalam tahanan selama dua tahun atau diletakkan bawah kawalan pemantauan dengan memakai peranti pantauan elektronik atau EMD,” menteri dalam negeri.

Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, lima ahli lembaga pengarah ini secara rasminya menerima pelantikan dari Yang di-Pertuan Agong dan memulakan perkhidmatan mereka pada 2 April.

Katanya, 70 orang lagi turut dimasukkan dalam senarai bawah PCA. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment