Adakah anda semua tahu apakah yang telah berlaku dalam tempoh 90 saat
sebelum transponder MH370 dimatikan? Itulah antara persoalan yang
bermain di fikiran kalangan para pengkaji yang timbul kerana transkrip
komunikasi antara kokpit dan Pusat Kawalan Udara (ATC) selepas tengah
malam 8 Mac lalu, tidak menunjukkan sebarang keganjilan.
Perkara ini memang tidak pernah terjadi dalam sejarah penerbangan
sebelum ini.Mengikut maklumat yang dikaji, tempoh komunikasi terakhir
dari kokpit pada jam 1:19:29 hingga jam 1.21 pagi apabila transponder
MH370 dilaporkan tidak lagi mengeluarkan isyarat, juga terus menjadi
misteri.
Berikut merupakan respons Bekas Ketua Juruterbang Serantau
Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain,
yang menganalisis transkrip komunikasi itu berpendapat tempoh 90 saat
sehingga transponder dimatikan dan pesawat dikatakan berpatah balik
adalah kritikal dan misteri. Tidakkah anda semua hairan dengan kejadian
sebegini?
Beliau yang berkhidmat 30 tahun dengan MAS dan pernah mengendalikan
pesawat B777 selama 10 tahun berpendapat, maklumat bila masa sebenar
MH370 berpatah balik boleh membantu memberi pencerahan mengenai apa yang
berlaku kepada pesawat itu.
“Maklumat pusingan balik MH370 sama ada ke kanan atau ke kiri atau
ketinggian ketika berpatah balik akan memberi pencerahan mengenai corak
kawalan ke atas pesawat. Ia sekali gus akan memberi petunjuk kepada
kemungkinan apa yang berlaku kepada pesawat,” katanya
Sumber : bharian online
No comments:
Post a Comment