KAJANG - Isu pelupusan sisa pepejal dan sampah menjadi keutamaan
kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebaik sahaja beliau
mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang pada Isnin lalu.
Meskipun akur beliau perlu menunaikan segera manifesto PRK N25 pada 23 Mac lalu, namun isu tersebut bukanlah sesuatu baharu sebaik sahaja beliau menjadi wakil rakyat di situ.
"Saya telah timbulkan isu ini dalam ucapan saya pada Sidang Dun Selangor awal minggu ini dan perkara itu dapat perhatian daripada Menteri Besar Selangor dan Exco berkenaan malah mereka memberi jawapan mahu menangani masalah ini secepat mungkin.
"Ini bukanlah masalah baharu, masalah kronik juga memerlukan penyelesaian secara holistik termasuk isu kesesakan akibat pembinaan MRT di Kajang," katanya kepada Sinar Harian Online selepas mengadakan jamuan meraikan petugas PRK Dun Kajang dan media di sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan segera yang diambil buat pengundi Kajang sebaik sahaja menggalas jawatan wakil rakyat.
Pada 12 Mac lalu, Presiden PKR itu melancarkan manifesto Kajang yang mengandungi empat komitmen beliau termasuk untuk meningkatkan prestasi kutipan sampah di kawasan Kajang.
Manakala tiga teras lain ialah membanteras jenayah dan tingkatkan keselamatan; pembangunan anak muda dan usahawan kecil serta menangani masalah kesesakan lalu lintas.

No comments:
Post a Comment