Bluefin-21 ketika akan diterjunkan ke laut (Reuters)
Perth - Kapal selam mini milik tentera Amerika
Syarikat Bluefin-21 yang mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS)
MH370 berhasil menyelesaikan misi secara penuh dalam penyelaman
ketiganya. Data yang dikumpulkan Bluefin-21 dari dalam laut kini sedang
dianalisis.Dua misi Bluefin-21 sebelumnya mengalami hambatan dan tidak membuahkan hasil signifikan. Misi pertama yang dilakukan pada Isnin 14/4 malam, hanya berlangsung selama 6 jam kerana Bluefin-21 secara otomatik kembali ke permukaan laut akibat kedalaman perairan di lokasi melebihi 4,500 meter.
Misi kedua yang dilakukan Selasa (15/4) malam juga berlangsung sebentar, kerana pada Rabu (16/4) pagi, Bluefin-21 terpaksa kembali ke permukaan akibat adanya gangguan teknikal. Setelah diperbaiki di atas geladak kapal Ocean Shield, Bluefin-21 kembali diterjunkan ke lautan melanjutkan misinya.
"Semalam (16/4), Bluefin-21 AUV (Autonomous Underwater Vehicle) menyelesaikan misi secara penuh di kawasan pencarian dan kini sedang dipersiapkan untuk melakukan misi selanjutnya," ujar pusat koordinasi pencarian MH370, Australia's Joint Agency Coordination Centre (JACC) dalam pernyataannya seperti laporan AFP, Khamis (17/4/2014).
"Bluefin-21 telah menyisir kawasan seluas 90 kilometer persegi dan data dari misi terakhirnya masih dianalisis," imbuh JACC.
Namun JACC tidak menjelaskan lebih lanjut kapal Bluefin-21 akan kembali diterjunkan ke lautan untuk melakukan misi selanjutnya. Tidak dijelaskan juga gangguan teknikal yang melanda Bluefin-21 pada misi sebelumnya.
JACC hanya menyatakan bahawa misi pencarian MH370 secara visual akan kembali dilanjutkan hari ini. Pencarian visual kali ini melibatkan 10 pesawat tentera, 2 pesawat awam dan 11 kapal. Pencarian visual difokuskan pada kawasan pencarian seluas 40,349 klilometer persegi, dengan pusat kawasan pencarian berjarak sekitar 2,170 kilometer barat daya Perth, Australia.
Terakhir, JACC menambahkan, bahawa ceceran minyak yang ditemukan oleh kapal tentera Australia, Ocean Shield pada Ahad 13/4 telah tiba di Perth. Sampel minyak tersebut akan diperiksa dan dianalisis untuk mencari tahu apakah berkaitan dengan MH370.
"Kami akan menyampaikan perincian hasilnya ketika sudah ada," tambah JACC.detikNews
No comments:
Post a Comment