Saturday, April 12, 2014

Cakoroi’ tonik baru kaki lentok

12 Apr 2014

Oleh Shamsul Munir Safini dan Muhammad Saufi Hassan
Kangar: Saraf otak pecah, muka menjadi gelap, mata cengkung, tubuh semakin kurus, hilang keupayaan diri dan mengalami ketagihan melampau.
Demikian penangan penagih ‘cakoroi’ iaitu sejenis tonik baru yang dihasilkan daripada campuran air ketum, minuman berkarbonat dan ubat batuk yang kini menjadi fenomena dalam kalangan anak muda di sini.
Bukti perubatan menunjukkan peminumnya sengaja menempah maut berikutan pengambilan cakoroi berterusan juga boleh menyebabkan komplikasi buah pinggang serta hati selain mengganggu saraf otak.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Ghazali Othman yang mengesahkan perkara itu memberitahu, pengambilan air ketum yang dicampur dengan pelbagai bahan lain itu boleh memberi kesan hampir sama seperti pengambilan morfin atau kokain.

Foto 
BUNGKUSAN air ketum yang dirampas pihak polis di Kangar.

“Pengambilan air daun ketum yang kerap boleh mendatangkan masalah buah pinggang, hati selain mengganggu saraf otak, sekali gus dengan sengaja menempah maut. myMetro

No comments:

Post a Comment