07 Apr 2014
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman
berkata laporan bahawa pesawat MH370 terbang di pinggir ruang udara
Indonesia untuk mengelak daripada dikesan “belum disahkan”.
“Laporan itu tidak disahkan dan bukan daripada sumber rasmi,” katanya seperti dipetik dalam laporan portal The Rakyat Post.
Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan maklumat itu.
Laporan CNN semalam memetika kenyataan sumber tentera Malaysia yang tidak dinamakan, bahawa maklumat dari radar Indonesia menunjukkan pesawat tersebut terbang di pinggir negara tersebut sebelum menuju ke Lautan Hindi.
Jurucakap pasukan tentera udara Indonesia Hadi pada pertengahan bulan lalu menafikan bahawa negara itu mengesan penerbangan MH370, berdasarkan dua radar di Indonesia barat.
“Sekiranya pesawat itu masuk ke wilayah Indonesia, dua radar tersebut pasti telah mengesannya,” katanya seperti dipetik dalam laporan Wall Street Journal./MK

No comments:
Post a Comment