DAP
kini menyokong pendirian Dr Mahathir yang mengatakan Malaysia belum
bersedia untuk hukum hudud, dan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak untuk tidak berdolak dalih mengenai isu tersebut. –
Gambar The Malaysian Insider, 26 April, 2014. DAP
menyokong pendirian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berhubung pelaksanaan hukum hudud, sekaligus menggesa Datuk Seri Najib
Tun Razak untuk tidak berdolak dalih mengenai isu tersebut.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata perdana menteri digesa untuk
tidak mengubah pendirian asal Umno ketika pentadbiran Dr Mahathir,
iaitu rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk undang-undang Islam itu
berkuatkuasa.
"Dr Mahathir adalah betul dengan mempertahankan kenyataan bahawa tidak
adil adanya hukuman berbeza terhadap Islam dan bukan Islam bagi
kesalahan yang sama.
Katanya lagi, Umno ketika pentadbiran Dr Mahathir menolak pelaksanaan
hukum hudud, malah enggan berjumpa pemimpin PAS bagi membincangkan
perkara tersebut. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment