09 Apr 2014
Lokasi empat isyarat detikan yang dikesan di kawasan pencarian MH370 (AMSA)
"Analisa menunjukkan bahawa isyarat yang jelas dan sangat stabil terdeteksi pada frekuensi 33,331 kHz dan isyarat tersebut konsisten berdenyut pada interval 1,106 detik," terang ketua pasukan gabungan Joint Agency Coordination Centre (JACC), Angus Houston seperti dilapor AFP, Rabu (9/4/2014).
Dua isyarat baru terdeteks pada Selasa (8/4) petang dan malam, dengan durasi masing-masing selama 5 minit 32 saat dan 7 minit. Dua isyarat tersebut terdeteks oleh kapal tentera Australia Ocean Shield yang menarik alat pelacak kotak hitam milik US Navy, towed pinger locator (TPL).
"Mereka menaksir bahawa transmisi tersebut tidak berasal dari alam dan kemungkinan berasal dari peralatan elektronik tertentu," jelasnya.
"Mereka meyakini bahawa isyarat tersebut konsisten dengan spesifikasi dan deskripsi rakaman data penerbangan," imbuh Houston.
Tidak dijelaskan lebih lanjut apakah peralatan elektronik tersebut merujuk pada kotak hitam pesawat yang ada di dalam laut. Namun diketahui bahawa keberadaan isyarat di dalam lautan boleh saja mendapat gangguan dari hewan seperti lomba-lomba dan sebagainya.
Isyarat yang terdeteks dari dalam lautan harus dapat terdeteks dengan jelas untuk kemudian menentukan lokasi pasti, sebelum mengerahkan kenderaan selam untuk memeriksa sumber isyarat tersebut.
Pada akhir minggu lalu atau Sabtu 5 April, alat pelacak kotak hitam milik US Navy, towed pinger locator (TPL) yang ditarik Ocean Shield mengesan dua isyarat konsisten dengan pemancar kotak hitam. Isyarat pertama terdeteks selama lebih dari 2 jam dan isyarat kedua terdeteks selama 13 minit.
Terhadap dua isyarat awal tersebut, Houston menyebutkan bahawa lokasi isyarat tersebut berada dekat dengan laluan penerbangan MH370 yang tertangkap oleh satelit.
No comments:
Post a Comment