28 Apr 2014
Anggota masyarakat sivil yang bertemu Barrack Obama semalam berkata,
mereka memberitahu perkara sebenar dalam pertemuan sejam dengan Presiden
Amerika Syarikat (AS) itu semalam.
Pemimpin kumpulan hak asasi manusia Hakam Datuk S Ambiga, antara yang hadir dalam pertemuan itu, berkongsi dengan Malaysiakini apa yang dibincangkan dalam sesi bersejarah itu.
“Antara isu (dibangkitkan) berhubung politik perpecahan, ekstremisme kaum dan agama, diskriminasi, autoritarianisme kerajaan melalui undang-undang yang menindas, pilihan raya bebas dan adil serta keluhuran perlembagaan...,” katanya.
Juga diketengahkan berhubung pendakwaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pendakwaan terhadap pembangkang atas alasan hasutan dan Akta Perhimpunan Aman.
Obama, katanya, juga diberitahu bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia mengongkong media.
“Kami jelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah umat Islam yang moderat atau demokrasinya seperti dalam erti kata sebenar,” kata bekas presiden Majlis Peguam itu. Malaysiakini

No comments:
Post a Comment