Monday, April 28, 2014

Kehadiran Tentera AS di Filipina Diperluas

28 April 2014
 
Reuters Pesawat yang akan dirotasi di Pasifik dan Asia Tenggara boleh jadi termasuk F-35 Lightning II

MANILA, KOMPAS.COM — Filipina dan Amerika Syarikat   ,pada   28/4/2014 , menandatangani perjanjian yang memungkinkan kehadiran tentera AS yang lebih besar di wilayah Filipina. Perjanjian itu akan mengizinkan akses yang lebih luas bagi tentera AS, pesawat, dan kapal di pangkalan tentera Filipina.

Penandatangan perjanjian tersebut berlangsung beberapa jam menjelang kunjungan Presiden AS Barack Obama ke Manila. Menteri Pertahanan Filipina Voltaire Gazmin dan Dubes AS Philip Goldberg menandatangani perjanjian berdurasi 10 tahun, yang dipandang sebagai elemen lain dari usaha Obama untuk lebih memusatkan tentera  AS dan perhatian ekonomi ke Asia.

Obama mengatakan, kesepakatan itu akan mengakibatkan lebih banyak tentera AS ditempatkan di Filipina untuk latihan tentera bersama, tetapi menegaskan bahawa AS tidak akan mendirikan pangkalan tentera kekal di Filipina, sesuai dengan perlembagaan Manila.

"Kerja sama lebih besar antara pasukan Amerika dan Filipina akan meningkatkan kemampuan kita untuk melatih dan bekerja sama dan merespons lebih cepat terhadap berbagai tantangan," kata Obama dalam tanggapan tertulis atas sejumlah pertanyaan yang diajukan jaringan televisyen tempatan    ABS-CBN menjelang kunjungannya.

Kesepakatan yang diumumkan hari Isnin itu hanya satu perjanjian kerangka kerja. Rincian, seperti berapa banyak tentera AS yang akan ditempatkan di Filipina dan bila, akan dinegosiasikan dan diumumkan kemudian.

Obama dijadualkan tiba di Filipina dari Malaysia pada Isnin petang ini untuk kunjungan selama dua hari. Kunjungan ke Filipina itu merupakan persinggahan terakhir Obama dari lawatannya di Asia. Ia sebelumnya telah melawat Jepun dan Korea Selatan.

AS dan Filipina merupakan sekutu lama yang terikat sebuah perjanjian pertahanan bersama, dan terlibat dalam latihan perang rutin dengan ribuan tentera AS dan peralatan tentera yang dibawa ke Filipina.

AS ingin mendapatkan jaminan dari aliansinya di Asia Timur untuk peranan yang lebih besar di wilayah itu. Sejumlah pengamat mengatakan bahawa Filipina menginginkan dukungan bagi tenteranya sendiri dalam menghadapi masalah perbatasan dengan China.
Editor : Egidius Patnistik
Sumber: AFP

No comments:

Post a Comment