03 Apr 2014
Zhejiang, myMetro: Satu mayat tergantung pada sebuah papan iklan selama bertahun-tahun di sini kerana orang ramai menyangka ia hanya gimik iklan.
Orang ramai yang memandu melintas papan iklan berkenaan saban hari
tidak mempedulikannya sehinggalah pekerja penyelenggaraan menemuinya
ketika ingin membaiki papan iklan gergasi itu di bandar Dongyang, timur
China.
Menurut polis, papan iklan itu didirikan di situ kerana ia lokasi yang strategik.
Polis percaya ramai yang melihat mayat itu, namun tidak melaporkannya
kerana menyangka ia sebahagian daripada iklan yang dipaparkan.
Jurucakap polis, Lei Hsing berkata: “Ia pasti dapat dilihat mereka yang melalui jalan itu lebih-lebih lagi mayat berkenaan berada dalam keadaan baik.
“Kami hanya beranggapan orang ramai menyangka mayat itu sebahagian daripada iklan,” katanya.
ANGGOTA polis menurunkan mayat mangsa dari papan iklan.
Polis berkata, mereka sukar mengenal pasti punca kematian kerana tidak terdapat tanda pengenalan diri.
Mereka juga belum dapat mengenal pasti jantina mayat itu kerana sebahagiannya sudah dimakan burung. - Agensi
No comments:
Post a Comment