Sabtu, 26 April 201
WASHINGTON, Ratusan tentera Amerika
Syarikat bunuh diri, bahkan ketika pasukan negara tersebut tak lagi
terlibat pertempuran. Angka bunuh diri tentera aktif Amerika selama 2013
turun dibandingkan pada 2012, tetapi ada peningkatan kes bunuh diri
di Garda Nasional dan Pasukan Cadangan Angkatan Darat.
Laporan awal terbaru dari Pentagon, Jumaat (25/4/2014), menyebutkan selama 2013 tercatat 261 tentera aktif melakukan bunuh diri. Jumlah itu turun dibandingkan 318 kejadian serupa pada 2012. AFP menulis perubahan jumlah itu tak dramatis mengingat pasukan Amerika Syarikat sudah ditarik dari pertempuran Irak maupun Afghanistan.
Meskipun terjadi penurunan
pada angka bunuh diri tentera sepanjang 2013, laporan itu mengakui ada
peningkatan angka bunuh diri sebesar 5 peratus di Garda Nasional dan
Pasukan Cadangan Angkatan Darat pada tahun yang sama.
Sebelumnya,
penyebab banyaknya kes bunuh diri di kalangan tentera Amerika
dinisbatkan pada laju pengiriman pasukan ke Irak dan Afghanistan selama
satu dekade terakhir. Namun, laporan terbaru ini otomatik membantah
pendapat umum tersebut.
Pada saat pasukan Amerika menghadapi puncak perang di Irak pada 2008, kes bunuh diri di kalangan ini tercata mencapai 268 kejadian pada 2008 dan 309 kes pada 2009. Angka itu jelas tak banyak berubah dari data terakhir pada ketika pasukan Amerika tak lagi ada di medan pertempuran.
Pegawai tinggi tentera Amerika Syarikat disebut terus berusaha mengidentifikasi alasan tepat dari maraknya kes bunuh diri di pasukannya. Laporan terbaru dari Pentagon tersebut mendapatkan hanya 13 peratus dari tentera yang bunuh diri pernah terlibat langsung dalam pertempuran langsung dan 57 peratus pernah dikirim ke zon perang meski tak terlibat perang langsung, dalam satu dekade terakhir.
"Faktor paling umum yang dipercayai menjadi penyebab bunuh diri adalah kegagalan hubungan, riwayat masalah administrasi dan hukum, serta kesulitan keeangan atau tempat bekerja," ujar laporan tersebut. Disebutkan pula dalam laporan itu, mayoriti tentera yang bunuh diri adalah laki-laki, kulit putih, berumur di bawah 25 tahun, berpangkat rendah terutama tamtama, dan sudah berkahwin.
Jumlah angka bunuh diri di kalangan tentera Amerika pada 2013 adalah 18 orang per 100,000 tentera, turun dari 22.7 per 100,000 tentera pada 2012. Dari jumlah itu, tentera Angkatan Darat mencatatkan angka bunuh diri tertinggi, disusul tentera dari korps marine.
Editor | : Palupi Annisa Auliani |
Sumber | : AFP/KOMPAS.com - |
No comments:
Post a Comment