07 Apr 2014
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Seremban: Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah
sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni
mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan
mempertikaikan kebenaran al-Quran.
Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun
menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas
melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.
Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
(JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat
mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.
Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.
Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.
SHAHRUL dan rakan, Iskandar menceritakan mengenai guru sebuah persatuan silat yang didakwa menyebarkan dakyah songsang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.
No comments:
Post a Comment