-
Para penyelam di Korea Selatan menemui 48 mayat pelajar perempuan di salah satu kabin kapal feri Sewol yang tenggelam Rabu minggu lalu. Semua mayat itu mengenakan jaket keselamatan.
Menurut para penyelam mereka menemui mayat-mayat itu di dalam kabin yang seharusnya menampung 30 penumpang, seperti dilapor the Daily Mail, Jumaat (25/4).
Sebelumnya seramai 20 keluarga korban dilaporkan menyerbu masuk ke pejabat Wakil Direktur Penjaga Pantai Choi Sang-hwan. Mereka menyeret dia keluar ruangan lalu memukul dan menampar lelaki itu berulang kali kerana kesal atas lambatnya usaha penyelamatan.
Pasukan penyelamat mengatakan mereka masih sukar untuk memasuki ruang-ruang kapal tenggelam itu. Mayat-mayat yang ditemui kebanyakan mengenakan jaket pelampung.
Sejauh ini para penyelam sudah menemui 183 mayat dan 119 lagi masih hilang. Mereka diperkirakan sudah meninggal kerana terperangkap di dalam ruang kabin.
Kapal berpenumpang 476 orang itu membawa 325 pelajar sekolah menengah atas dalam perjalanan ke Pulau Jeju. Ketika berada di perairan Pulau Jindo, di sebelah selatan Korea Selatan, kapal itu miring lalu terbalik dan tenggelam. sumber:Merdeka.com
Saturday, April 26, 2014
Penyelam temui 48 mayat pelajar perempuan di kapal feri Sewol
26 Apr 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment