April 10, 2014
Kolumnis terkenal Bloomberg semalam
menulis bantahan global atas kehilangan pesawat MH370 menekankan
kelemahan paling ketara ke atas Putrajaya, dan terlalu sedikit tentang
kekuatannya.
Padahal, kata William Pešek enam bulan lalu Presiden Amerika Syarikat,
Barak Obama memuji Malaysia sebagai "satu contoh ekonomi yang dinamik"
dan disebut-sebut kerana kepelbagaian budayanya sebagai model kepada
orang lain, namun pujian itu kini menjadi naif ekoran kejadian tragis
ini.
Merujuk kepada kritikan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak dan usaha Putrajaya dalam menangani krisis, Pešek
berkata: "Wajar atau tidak, sejak 8 Mac apabila pesawat MH370 hilang
dalam perjalanan ke Beijing, Malaysia kehilangan banyak kedudukannya di
rantau ini dan juga di seluruh dunia. "
Beliau juga mengecam pendekatan Putrajaya dalam mengendalikan
perselisihan dalaman dan toleransi antara agama – antara lain, sabitan
pemimpin DAP, Karpal Singh atas tuduhan menghasut dan terbaliknya
keputusan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan
diam kepada usaha konservatif Islam untuk mengehadkan penggunaan kalimah
Allah – dan berkata pentadbiran yang diterajui Najib memerlukan lebih
daripada sekadar perhubungan awam untuk meningkatkan imejnya.
"Negara itu memerlukan lebih kepada revolusi politik," kata Pešek.
"Krisis penerbangan MH370 mendedahkan sepenuhnya bahaya membenarkan
satu parti sahaja memerintah negara selama enam dekad. Sejak memegang
jawatan tertinggi pada 2009, Najib terpaksa mengalihkan perhatiannya
daripada pemuliharaan ekonomi Malaysia kepada mengekalkan Umno ditampuk
kuasa."
Pešek menambah pengendalian buruk Putrajaya terhadap MH370 bukan suatu penipuan.
"Kejadian ini mendedahkan elit politik yang tidak pernah menghadapi soalan daripada rakyatnya, apatah lagi dari dunia luar.
"Budaya politik yang sama dicipta dalam menguruskan syarikat
penerbangan nasional Malaysia Airlines (MAS). Tidak menghairankan,
sebelum ini, syarikat penerbangan itu jauh terkebelakang dalam
persaingan global yang semakin meningkat," katanya.
Pandangan Pešek bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh wartawan
New York Times Thomas Fuller beberapa hari selepas penerbangan MH370
hilang.
Pakar hal ehwal Asia Tenggara itu berkata kekurangan koordinasi dari
jabatan-jabatan di Malaysia dan maklumat yang bercanggah antara satu
sama lain dalam pencarian MH370 hanya menunjukkan bagaimana teruknya
cara pemimpin negara mengendalikan krisis.
"Tetapi keraguan di seluruh dunia tentang kehilangan penerbangan MH370
mencabar budaya politik negara dan mendedahkan kelemahan pemimpinnya
dalam menghadapi pengkritik dari seluruh dunia," katanya.
Fuller juga merujuk kepada dua kes besar mahkamah yang melibatkan Anwar dan Karpal dalam kritikannya yang disifatkannya sebagai usaha menyekat perbezaan pendapat politik di Malaysia.
Fuller juga merujuk kepada dua kes besar mahkamah yang melibatkan Anwar dan Karpal dalam kritikannya yang disifatkannya sebagai usaha menyekat perbezaan pendapat politik di Malaysia.
Reuters hari ini melaporkan misteri penerbangan MH370, yang hilang
lebih daripada sebulan lalu mencetuskan operasi mencari dan menyelamat
paling mahal dalam sejarah penerbangan, tetapi maklumat konkrit
membuktikan ia sesuatu yang mengecewakan.
Sehingga kini, 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal
dijangka terlibat dengan usaha pencarian besar-besaran yang sehingga
kini terbukti sia-sia dalam mengenal pasti apa-apa bukti fizikal dari
bangkai pesawat itu.
Pencarian hari ini datang dengan satu keyakinan, selepas pegawai
Australia berkata mereka mengesan dua isyarat baru "ping" yang mungkin
datang daripada perakam kotak hitam pesawat. – 10 April, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment