22 Apr 2014
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan dan Hafizee Mohd Arop
Ipoh: “Dia beri saya harapan untuk menjadi pasangan hidupnya. Dia
kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti.
“Beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa
hingga habis wang simpanan ribuan ringgit diberikan kepadanya dengan
alasan mahu membuat persediaan perkahwinan nanti,” kata Hanif (bukan
nama sebenar) yang impiannya musnah untuk mengahwini seorang wanita yang
dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu.
Bukan hanya terperdaya dengan janji-janji manis wanita berusia 23
tahun itu, Hanif, 23, turut mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000
membabitkan wang tunai serta barang kemas.
Detik awal perkenalan mereka, semua perkara dilalui begitu indah dan membuatkan dirinya yakin wanita itu benar-benar mahu menjadi suri hidupnya.
WARTAWAN mendengar keluhan Hanif ditipu bakal isteri yang dikenali melalui Facebook.
Menurut Hanif, dia jatuh cinta dengan wanita berkenaan kerana sering mengambil berat mengenai hidupnya selain memiliki sikap penyayang. Ini membuatkannya mahu memperisterikan wanita yang berasal dari selatan tanah air itu. myMetro
No comments:
Post a Comment