KOTA
BHARU - Seorang pemimpin Umno mencadangkan ahli-ahli parti itu perlu
bermuhasabah diri serta wajib ditransformasikan demi masa depan
orang-orang Melayu yang menjadikan Umno wadah pelindung dan penyelamat
bangsa.
Ketua Umno Cawangan Pekeliling,Wan Zain Wan Seman berkata, pastikan Umno kembali kukuh kerana orang-orang Melayu masih memerlukan Umno berikutan kebimbangan semakin dirasakan sokongan Melayu kepada parti itu.
"Peranan yang pro-aktif perlu direalisasikan untuk menarik lebih ramai kakitangan kerajaan Persekutuan di Kelantan menyokong Umno.
"Terdapat sesetengah kakitangan Persekutuan di Kelantan menggunakan laman sosial atau facebook untuk menyerang pemimpin Umno yang dikaitkan dengan isu-isu tempatan merupakan strategi mereka untuk mengurangkan kepercayaan masyarakat kepada
Umno,’’ katanya semasa berucap di majlis Mesyuarat Agung Umno Cawangan Pekeliling di dewan Sekolah Rendah Kebangsaan Islah, baru-baru ini.
Turut hadir, Naib Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Rosmadi Ismail yang juga timbalan ketua cawangan berkenaan; Ahli Jawatankuasa Umno bahagian, Zahari Woo@Wook dan Ketua Wanita cawangan, Rahimah Deraman dan lain-lain.

No comments:
Post a Comment