13 Apr 2014
Oleh FIRDAUS SAHAT dan IKRAM ISMAIL
Kuala Lumpur: Keluarga waris penumpang MH370 bakal menjadi jutawan
jika mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak berwajib dan
memenangi kes berkenaan di mahkamah.
Pampasan diperoleh dijangka sekurang-kurangnya tiga kali ganda
daripada jumlah bayaran minimum pampasan insurans daripada ‘polisi
pesawat dan liabiliti’ berjumlah AS$175,000 (RM577,500) yang patut
dibayar iaitu sekurang-kurang RM1.72 juta.
Namun, petisyen saman berkenaan perlu difail dalam tempoh tiga bulan
dari tarikh kehilangan pesawat iaitu selewat-lewatnya 8 Jun depan.
Menurut peguam tempatan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar al Mahdzar, ini selaras dengan Seksyen 24(1) (b), Akta Penerbangan Awam 1969.
Menurut peguam tempatan Dr Syed Iskandar Syed Jaafar al Mahdzar, ini selaras dengan Seksyen 24(1) (b), Akta Penerbangan Awam 1969.
“Selaras dengan konvensyen Montreal, dalam tempoh tiga bulan, keluarga waris penumpang mesti bertindak segera.myMetro
No comments:
Post a Comment