
Foto ini menampilkan seorang lelaki AS yang dipercayai sebagai seorang agen FBI digari pihak berkuasa keselamatan Pakistan setelah berusaha membawa peluru ke dalam pesawat di Lapangan Terbang Karachi. Setelah pemerintah AS membayar wang jaminan, agen FBI ini kemudian dibebaskan.
Islamabad - Setelah ditahan
selama beberapa hari, agen FBI asal Amerika Syarikat yang ditahan polis Pakistan akhirnya dibebaskan. Pembebasan ini dilakukan
setelah pemerintah AS membayar jaminan sebesar 1 juta Rupee Pakistan
Agen FBI yang tak disebutkan namanya tersebut, ditangkap di Lapangan Terbang Karachi pada Isnin (5/5) lalu, kerana didapati membawa 15 butir peluru ketika pemeriksaan dilakukan petugaslapangan terbang . Agen FBI ini sedang berada di Pakistan untuk memberi pelatihan kepada polis setempat.
Minggu ini, agen FBI tersebut diadili di sebuah mahkamah di Karachi. Mahkamah akhirnya mengabulkan permohonan bebas dengan jaminan yang diajukan pihak berkuasa AS. Mahkamah memerintahkan pembayaran jaminan sebesar 1 juta Rupee Pakistan.
Demikian seperti disampaikan pegawai polis senior Rao Anwar kepada AFP, Jumaat (9/5/2014). Pegawai AS yang ada di Karachi membayarkan jaminan tersebut dan menjemput agen FBI itu dari balai polis .
"Agen FBI tersebut telah diserahkan kepada kedutaan AS di Karachi," terang juru cakap polis setempat.
Kedutaan Besar AS di Islamabad kemudian memastikan bahawa agen FBI tersebut telah dibebaskan setelah jaminan dibayarkan. Setelah bebas, agen tersebut tetap berada di Karachi.
"Kami melanjutkan koodinasi dan kerjasama secara erat dengan pihak berkuasa Pakistan untuk menyelesaikan masalah ini," terang juru cakap Kedutaan Besar AS di Islamabad.
diedit dari detikNews
No comments:
Post a Comment