06/5/14
Aktivis terkenal Hishamuddin Rais berkata, beliau “gembira”
jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merengkok
dalam penjara selepas disabitkan kesalahan dalam kes liwat terhadapnya.
Bercakap dalam forum sempena setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, Hishamuddin berkata, beliau percaya penahanan Anwar akan menyuntik kebangkitan baru di kalangan rakyat.
“Saya
gembira jika Anwar masuk penjara, ia perkara yang baik, kita boleh
menghasut orang ramai kembali ke jalan raya,” kata bekas tahanan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu.
Penahanan Anwar pada 1998 membangkitkan gerakan reformasi yang menyaksikan orang ramai turun ke jalan raya yang kemudian memberi tamparan hebat kepada BN yang hilang penguasaan di Terengganu dan Kelantan ketika itu.
Hishamuddin juga berkata, beliau senang hati melihat PAS berpecah ekoran kontroversi hudud.
“Penyucian ini proses biasa dalam parti politik, Ia akan memisahkan antara kumpulan dalam PAS yang ghairah dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya. Malaysiakini
Bercakap dalam forum sempena setahun selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu, Hishamuddin berkata, beliau percaya penahanan Anwar akan menyuntik kebangkitan baru di kalangan rakyat.
Penahanan Anwar pada 1998 membangkitkan gerakan reformasi yang menyaksikan orang ramai turun ke jalan raya yang kemudian memberi tamparan hebat kepada BN yang hilang penguasaan di Terengganu dan Kelantan ketika itu.
Hishamuddin juga berkata, beliau senang hati melihat PAS berpecah ekoran kontroversi hudud.
“Penyucian ini proses biasa dalam parti politik, Ia akan memisahkan antara kumpulan dalam PAS yang ghairah dengan idea kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya. Malaysiakini
No comments:
Post a Comment