03/5/14
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Nur yang dapat dilihatnya mungkin tidak menjanjikan
kebahagiaan dengan mata kasar selepas bukan saja meninggalkan kehidupan
mewah malah terpaksa hidup sebatang kara akibat dibuang keluarga hingga
terpaksa menjalani kehidupan umpama pelarian dan hidup bergelandangan.
Selepas mengucap dua kalimah syahadah sejak setahun lalu, Syed Mohd
Asri Abdullah, 25, terpaksa ‘berperang’ dengan kemahuan diri dan
tuntutan agama menyebabkan kehidupannya kini terumbang-ambing selepas
meninggalkan pekerjaan lamanya sebagai penarik kereta di utara
Semenanjung.
Walaupun mendapat pembelaan kerana ditempatkan di rumah Baitulmal
milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di bandar raya ini, dia sekali
lagi diuji selepas mendakwa diusir penghuni lain gara-gara tindakannya
enggan bersekongkol dengan mereka yang masih mengamalkan cara hidup lama
yang meminum arak.
Menurutnya, selepas diusir, dia cuba mencari pekerjaan dan berteduh sementara di sebuah masjid di Seksyen 19, di sini, namun selepas beberapa hari bermalam, di situ, beberapa lelaki yang mendakwa pengurusan masjid mula memberi kata dua kepadanya agar tidak terus bermalam rumah Allah itu.
“Saya faham dengan situasi mereka mungkin kehadiran saya dengan imej yang sebegini kurang disenangi. Saya tidak menyalahkan sesiapa lagipun mungkin ini sudah takdir saya, pasti ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya. myMetro

No comments:
Post a Comment