
Calon
DAP bagi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menunjukkan manifesto
beliau semasa sidang media DAP di Teluk Intan hari ini. – Gambar The
Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Mei, 2014. Dyana
Sofya Mohd Daud hari ini membentangkan manifestonya dan berazam mahu
menetap di Teluk Intan sekiranya terpilih sebagai ahli Parlimen di
kawasan itu.
Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu turut mahu
memperjuangkan perwakilan wanita sebanyak 30% di Parlimen selain jawatan
utama dalam sektor swasta dan kerajaan.
"Sekiranya diberi mandat, saya juga akan menetap di Teluk Intan dan
menggunakan amanat sebagai duta pekan yang indah ini untuk menarik
perhatian Parlimen kepada isu yang penting buat rakyat.
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dalam kempennya minggu
lalu melihat calon luar seperti Dyana tidak akan dapat berkhidmat
kepada rakyat sebagai mana wakil rakyat DAP terdahulu.
Dyana berkata sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat, apa yang ingin
diperjuangkannya adalah memecahkan benteng pekauman yang sekian lama
membelenggu rakyat Malaysia.
Katanya, politik baru yang ingin diketengahkannya adalah politik
berlandaskan dasar yang membawa pembangunan dan kebajikan rakyat.
“Saya mewakili generasi muda untuk membawa satu politik baru buat masa
depan negara. Jika dipilih saya akan berusaha melawan rasuah, salah guna
kuasa dan pembaziran kewangan negara.
“Saya juga akan memperjuangkan tadbir urus yang baik, bersih dan telus
sebagai mana yang dilakukan kerajaan negeri PR,” katanya. – 27 Mei,
2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment