KUALA LUMPUR:
Calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd
Daud merakamkan sembah tahniah kepada Sultan Perak yang ke-35, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah yang diisytiharkan petang tadi.
Di masa yang sama beliau turut mengulangi rasa dukacita dan sedih
atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dan mendoakan agar Allah
SWT mencucuri rahmat ke atas roh baginda.
"Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan ingin merakamkan
ucapan tahniah kepada DYMM Dr Nazrin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah yang diisytiharkan sebagai Sultan Perak Darul Ridzuan
ke-35 pada hari ini 29 Mei 2014 bersamaan 29 Rejab 1435 Hijrah.
"Patik berdoa agar DYMM Paduka Seri menerajui negeri Perak Darul
Ridzuan dengan penuh bijaksana bagi memastikan kesejahteraan rakyat,"
ujarnya dalam satu kenyataan media.
Dyana berkata, pimpinan serta ahli DAP dan Pakatan Rakyat yakin
Sultan Nazrin akan memenuhi impian dan harapan rakyat Perak Darul
Ridzuan.
Pengisytiharan perlantikan Sultan Nazrin diumumkan Orang Kaya
Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada
istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala
Kangsar kira-kira jam 3.15 petang tadi.
Ia kemudian diikuti oleh pengakuan sumpah Raja Nazrin bahawa baginda akan memerintah dengan adil berdasarkan hukum Allah. - HARAKAHDAILY,
No comments:
Post a Comment