Saturday, May 3, 2014

'Hudud PAS' akan kekalkan kuasa Umno 50 tahun lagi

3 May 2014
Ketegasan PAS untuk melaksanakan hudud akan membolehkan Umno berkuasa "selama 50 tahun lagi" kerana ia boleh melemahkan Pakatan Rakyat, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Farouk Musa semalam.

"Kita telah bekerja begitu keras untuk merubah rejim dalam negara ini.

"Ia dilakukan bukanlah kerana kita menyayangi Pakatan Rakyat.

"Namun kini, dengan isu ini (hudud) sahaja, Umno akan terus kekal memerintah untuk 50 tahun akan datang," Farouk mengingatkan demikian dalam satu forum semalam yang turut dihadiri MP Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Farouk yang juga merupakan timbalan pengerusi BERSIH, berkata PAS sepatutnya tidak termakan "umpan Umno" - merujuk kepada kenyataan Umno yang pihaknya bersedia menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
Malaysiakini

1 comment:

  1. Takkan kita mudah lupa yang perlaksanaan Hudud di Kelantan adalah agenda utama Pas sejak zaman Mahathir lagi, sebelum wujud Pakatan Rakyat. Kenapakah kita begitu naif mengaitkan kononnya Pas termakan umpan Umno??? Pas telah dan akan tetap meninginkan Hukum Allah itu menjadi kenyataan walaupun hanya di Kelantan with or without the support of DAP, PKR, UMNO dan sebagainya. Malangnya di negara sekular Malaysia proses tersebut terpaksa melalui persetujuan Parliamen ala Westminster. Berjaya atau gagal Pas mendapat sokongan majoriti di Parliamen walaupun MP2 nya majoriti berbangsa Melayu dan mendakwa beragama islam adalah soal kedua. Yang teramat penting pemimpin2 dan ahli2 Pas sudah terlepas daripada tanggungjawab menjawab soalan cepu emas di hari akhirat nanti di mana sesiapa pun tidak dapat cuba memberi dalih2 atau cuba kelentung dengan mengatakan belum sesuai, belum ada infrastruktur, tak ada doktor potong tangan, negara berbilang bangsa dan agama, undang2 zalim dan lapuk dan 1001 macam dalih. Ada Paham???

    ReplyDelete