Wednesday, May 21, 2014

Kemangkatan Tengku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Tengku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, telah mangkat pagi tadi di Ipoh pada jam 12.20   kerana serangan jantung. . Al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aamiin..
Tengku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah YTM Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, telah mangkat malam tadi. Al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Aamiin..

Senarai Terkini Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah :- Dari kiri sekali Tunku Annuar, Tunku Sallehuddin, Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Intan.

Syah hendak kemaskini dan maklumkan kepada anda gelaran-gelaran, ejaan dan susunan  gelaran-gelaran yang sepatutnya digunakan untuk Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman mengikut protokol Negeri Kedah supaya tidak terdapat kekeliruan kepada kita semua. Sebagai contohnya Tunku Anuar dan Tunku Intan telah mendapat gelaran Tan Sri dan ada diantara kita masih ada yang tidak tahu mengenai perkara ini. Ahli-Ahli Pemangku Sultan Kedah Darul Aman adalah seperti berikut :-

Yang Teramat Mulia
Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, DKH., DMK., SPMK.,  SSDK., PSM., PSB.,
Tunku Bendahara Kedah Darul Aman
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman
'Selindang Jerai"

Yang Teramat Mulia
Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., PSM.,PAT.,BCK., KPK.,
Tunku Temenggong Kedah
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Yang Teramat Mulia
Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani ibni Almarhum Sultan Badlishah, SHMS., SSDK., DSDK.,
Tunku Laksamana Kedah
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Yang Teramat Mulia
Tunku Panglima Besar
Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, DKH.,DKYR., SHMS., SSDK., PSM., PAT., JP., Hon.Ph.D (UUM)., Hon.PhD(KUIN)
Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman

Sumber : Pejabat KDYMM Sultan Kedah/ 

No comments:

Post a Comment