SHAH ALAM: Dakwaan Perdana Menteri kononnya krisis
air di Selangor tidak akan terjadi jika kerajaan negeri mengizinkan
pembinaan loji Langat 2 dianggap tersasar kerana kapasiti air bersih
yang berupaya diproses loji tersebut tidak mencukupi untuk memenuhi
keperluan air bersih negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi (gambar)
berkata, kerajaan negeri sudah berkali-kali menegaskan bahawa Langat 2
bukan penyelesaian sepenuhnya kepada kekurangan air di Lembah Klang
kerana loji berkenaan hanya membekalkan 1,000 juta liter air sehari
(JLH) sahaja.
Dr Yunus turut menolak dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang
menyalahkan dasar pemberian air percuma kerajaan negeri dan keengganan
menaikkan tarif air sebagai punca berlakunya krisis air di negeri itu.
Menurut Dr Yunus, kekurangan bekalan air adalah disebabkan fenomena musim kering yang luar biasa.
“Pemberian air percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri itu sebenarnya dapat menjimatkan air.
“Jika proses itu tidak bermanfaat, negeri Johor tidak perlu mengikut
Selangor untuk memberikan air percuma tidak lama lagi,” katanya.
Beliau turut menyelar kenyataan tidak berasas Presiden Persatuan
Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) bahawa kerajaan negeri
kononnya memperjudikan nasib rakyat kerana menghentikan catuan air
walaupun kapasiti empangan tidak mencapai 55 peratus.
Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan S Piarapakaran membuktikan beliau tidak mengemas kini maklumat daripada sumber sahih.
Katanya, kenyataan itu juga dilihat menjejaskan kredibiliti Piarapakaran dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diwakilinya.
Katanya, kenyataan itu juga dilihat menjejaskan kredibiliti Piarapakaran dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diwakilinya.
“Beliau sepatutnya membuat penyelidikan berkenaan usaha yang sedang
dan akan dilaksanakan kerajaan negeri untuk menambah simpanan bekalan
air mentah untuk masa kini dan kegunaan sehingga musim kering yang
diramal berlaku sehingga September ini.
“Kita juga kesal laporan akhbar Sinar Harian itu yang tidak mendapatkan penjelasan sebenar daripada kerajaan negeri.
"Laporan tidak benar itu boleh menimbulkan kegelisahan pengguna
Lembah Klang,” katanya pada sidang media di Bangunan SUK, di sini.
Sementara itu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid menyifatkan dakwaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kekurangan air di
negeri itu tidak berasaskan kajian yang betul.
Dasar pemberian air percuma yang diamalkan kerajaan negeri dan
keengganan menaikkan tarif air, jelasnya bukan punca kekurangan air di
Selangor.
Masalah yang berlaku itu, katanya berpunca daripada kurangnya penerimaan taburan hujan di kawasan empangan beberapa bulan kebelakangan ini.
Masalah yang berlaku itu, katanya berpunca daripada kurangnya penerimaan taburan hujan di kawasan empangan beberapa bulan kebelakangan ini.
“Saya ingat orang yang bagi kajian kepada Najib itu tidak dikaji
dengan betul. Kurang air tiada kena mengena dengan tarif air atau
pemberian air percuma.
“Ia disebabkan empangan yang tidak menerima air hujan yang secukupnya,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Majlis Penyerahan Geran Tanah kepada peneroka Kampung Sungai Darah, di sini, semalam.
“Ia disebabkan empangan yang tidak menerima air hujan yang secukupnya,” katanya ketika ditemui Selangor Kini di Majlis Penyerahan Geran Tanah kepada peneroka Kampung Sungai Darah, di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, kekerapan hujan ketika ini mampu menampung
kekurangan air mentah di empangan Sungai Selangor yang membekalkan 60
peratus air bagi penduduk Lembah Klang.
“Insya Allah sekarang musim hujan dan kita berharap empangan Sungai
Selangor akan sentiasa penuh dan tidak menimbulkan masalah air mentah
lagi seperti yang berlaku baru-baru ini,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan Najib mendakwa pemberian air percuma dan
keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif elektrik menyebabkan catuan
air berlaku di negeri itu selama dua bulan. HARAKAHDAILY, 5/5/2014
No comments:
Post a Comment