Tengku Putera memberitahu pemberita, presiden Umno itu bercakap dengan
Ahmad menerusi telefon dan bekas menteri besar itu kesal kerana
menimbulkan kekecohan di negeri itu sejak semalam.
Najib mengadakan pertemuan dan makan tengah hari dengan 14 Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu di Pejabat
Perdana Menteri di Putrajaya, tengah hari ini.
Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut hadir dan bertemu media selepas perjumpaan dengan Najib.
"Kekecohan di Terengganu tidaklah sehebat dilaporkan sebelum ini.
Banyak pihak cuba mengambil kesempatan dengan melakarkan imej negatif
mengenai insiden tersebut," kata Ahmad Razif kepada media.
Ahmad Razif berkata, wujud perkembangan positif dalam perbincangan antara Najib dengan bekas menteri besar Terengganu itu.
"Saya dimaklumkan ada komunikasi antara PM dengan Datuk Seri Ahmad Said dan jawapannya positif.
"Kita akan terima maklum balas dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata, ada kemungkinan Ahmad bersama seorang lagi Adun yang
keluar parti semalam akan mengumumkan penarikan balik keputusannya.
"Beliau (Ahmad) akan mengadakan sidang media bila-bila masa," katanya. – 14 Mei, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment