gambar hiasan ©2014 Merdeka.com
Seorang
warga negara Pakistan di Amerika Syarikat memukul isterinya hingga mati kerana isterinya tidak menyiapkan makan malam sesuai
keinginannya.
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Sabtu (24/5), Nur Hussein
minta dimasakkan daging kambing namun isterinya membuat makanan
vegetarian dari kacang. "Isterinya malah mengumpat, suspek lalu
mengambil tongkat kayu dan memukul lengan serta mulut isterinya," ujar
peguam Hussein Julie Carlk.
Suspek merasa tidak bersalah lantaran di Pakistan lelaki boleh
memukul isteri untuk membuatnya patuh pada suami. Hussein hanya ingin
memberi peringatan dan tidak berniat membunuh. Secara tradisi dan budaya
ini dibenarkan.
Namun pendakwa mengatakan tindakan menghilangkan nyawa orang lain tidak
dibenarkan. Apalagi banyak jiran mereka bersaksi Hussein kerap
menyeksa isterinya.
Merdeka.com
No comments:
Post a Comment