Mantan
Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (dua dari kiri)
antara panel dalam wacana siri ke-27 yang bertajuk Hudud: Bersediakah
Kita di Auditorium Krangkraf Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian
Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2014.
Malaysia masih
mempunyai banyak masalah dari aspek rasuah sehingga jenayah sekaligus
menyaksikan pelaksanaan hudud bakal menyukarkan keadaan, kata mantan
Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Asri ketika wacana Sinar Harian di Auditorium Karangkraf di Shah Alam
berkata, umat Islam sememangnya menyokong Kelantan untuk melaksanakan
hudud namun perkara itu perlu diperhalusi agar tidak menjadi mudarat.
"Sebagai Muslim kita percaya undang-undang ini jika diberi mencapai maksud keadilan membawa kepada kebaikan manusia sejagat.
Untuk melaksanakan hudud, Kelantan jelas Asri perlu menyediakan
"landasan yang jelas" kerana jika berlaku kesilapan, ia bakal
menyebabkan komuniti bukan Islam menjauhi umat Islam.
"Nak buat hudud, 'landasan' mesti jelas. Saya bersama Kelantan dari
sudut kehendak. Kepada pelaksanaan, saya bimbang. ibaratnya kita ada
'pintu yang sangat cantik, tetapi pasang di reban."
"PAS perlu duduk dan bincang balik soal hudud. Ini bukan soal tidak bersetuju dengan hudud," katanya.
Selain Asri, turut hadir sebagai panel dalam wacana siri ke-27 itu
termasuklah Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah,
Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Pengarah
Institut Wasatiyah Malaysia Dr Mushaddad Hasbullah.
"Buat undang-undang itu jangan sampai orang salah tafsir terhadap Islam," kata Asri lagi.
Asri ketika sesi wacana yang berlangsung selama dua jam itu turut
menegaskan, hukuman yang dikenakan terhadap pesalah seharusnya tidak
mengenal pangkat, sebaliknya keadilan tanpa mengira pangkat dan darjat.
"Jangan ada mahkamah khusus. Biar satu mahkamah adili raja, sultan, rakyat.
"Jangan curi kayu kena, curi kayu balak tidak kena," katanya lagi. – 7 Mei, 2014 The Malaysian Insider
As salam dan salam sejahtera…
ReplyDeleteMaaf jika mengganggu…
1. Jika anda adalah pengguna telefon bimbit.
2. Jika anda topup RM 30 atau lebih tiap-tiap bulan.
3. Jika anda merasakan bahawa telefon bimbit itu anda akan guna sampai bila-bila.
Anda sebenarnya layak untuk mendapat pendapatan sampingan sambil-sambil guna telefon, antara RM 5000 – RM 300 000 setiap bulan
Hubungi/sms di 0111 506 1520 atau
Lawati jomtukarsimkad.tone-excel.my