Sebuah
badan NGO, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat)
menyeru umat Islam jangan terlalu taksub dengan budaya hendonisme
sehingga memudahkan ‘strategi Kristianisasi’ dilaksanakan. – Gambar fail
The Malaysian Insider, 6 Mei, 2014. Sebuah NGO Islam
memberi amaran terdapat paderi Kristian menyamar dihantar ke Malaysia
dengan pelbagai penyamaran bagi tujuan menyesat dan seterusnya
memurtadkan umat Islam.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat),
Abdul Karim Omar berkata "paderi menyamar” ini bekerja dengan
kanak-kanak Islam sebagai jurulatih bola sepak dan lain-lain.
"Saya mengenali seorang paderi yang dihantar ke Malaysia, yang kini
seorang jurulatih bola sepak di Subang Jaya. Apakah menakutkan adalah
terdapat ramai ibu bapa Islam yang menghantar anak mereka ke sana,"
katanya pada seminar mengenai penggunaan perkataan "Allah" dan
Kristologi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.
"Apa yang berlaku ialah kanak-kanak ini kemudiannya dibawa ke Brazil,
berselindung di sebalik menghadiri latihan bola sepak tetapi sebenarnya
dibawa melawat gereja-gereja di sana."
Karim mendakwa beliau mengetahui hal "strategi Kritianisasi" ini
daripada laman web Brazil yang menyenaraikan nama-nama paderi Kristian
dihantar di seluruh dunia untuk melakukan usaha penyesatan.
"Dan terdapat beberapa paderi di Malaysia dan saya berjaya mengesan mereka," katanya.
Beliau juga mendedahkan bahawa graduan muda dari Amerika Syarikat juga digunakan untuk menyesatkan umat Islam di sini.
"Graduan muda ini bekerja untuk gereja di Amerika Syarikat dan di bawah kampus, mereka datang ke sini.
"Mereka berkawan dengan pelajar Islam dan berpura-pura ingin tahu lebih
lanjut mengenai Islam, mereka cuba menyesatkan. Sesetengah umat Islam
naif membawa pelajar Amerika ini ke rumah untuk bersama-sama menyambut
Hari Raya," katanya kepada 1,000 ramai hadirin yang rata-rata terdiri
daripada pelajar.
Karim juga kesal dengan kecenderungan orang Islam di Malaysia yang
begitu terperangkap dengan budaya hedonisme sehingga tidak mengambil
berat tentang isu Allah ini.
"Dan kita tidak serius mengenai ancaman daripada mereka (Kristian). Kita tidak memahaminya.
"Rakan-rakan Kristian kita menggunakannya sebagai satu strategi untuk
menyesatkan umat Islam," kata beliau sambil menambah strategi itu sangat
berjaya bagi orang-orang Kristian.
Beliau menyeru umat Islam menyebarkan "strategi Kristianisasi" untuk
memastikan orang Islam lain tidak jatuh ke dalam perangkap Kristian.
"Saya harap sekarang anda tahu semua perkara ini, anda akan menyebarkan berita ini kepada umat Islam lain," katanya.
Seminar itu dianjurkan bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari
UiTM, Warisan Ibnu Aaby dan Majlis Agama Islam Selangor dengan sokongan
Utusan Malaysia, Kumpulan Karangkraf , TV Al -Hijrah, Kumpulan Zikay dan
Kumpulan Pantai Bharu.
UiTM berkata seminar itu dianjurkan untuk meningkatkan kefahaman umat
Islam mengenai isu-isu mengenai kalimah Allah yang hangat diperkatakan.
Beberapa orang penceramah dari Indonesia turut hadir iaitu Masyud SM, Irena Handono dan Menachem Ali.
Masyud pensyarah juga penulis buku “Christology”, termasuk “Misteri
Natal” manakala Irena adalah bekas rahib Katolik yang memeluk Islam pada
tahun 1983. Beliau juga merupakan seorang pakar dalam kristologi. – 6
Mei, 2014. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment