Friday, May 16, 2014

PAS tidak buat tawaran kepada Ahmad Said yang ‘flip-flop’, kata pesuruhjaya Terengganu


OLEH MOHD FARHAN DARWIS May 15, 2014   Ustaz Satiful Bahri Mamat bercakap kepada wartawan  semasa sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Terengganu di Terengganu hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Mei, 2014.  
Ustaz Satiful Bahri Mamat bercakap kepada wartawan semasa sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Terengganu di Terengganu hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Mei, 2014. PAS Terengganu tidak pernah membuat apa-apa tawaran kepada bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said untuk menyertai parti itu ketika berlakunya krisis politik dalaman Umno di negeri itu kerana beliau merupakan seorang individu yang "flip-flop."

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat menegaskan, pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai Umno kembali.
Katanya, pihaknya sudah menjangkakan Ahmad akan membuat pusingan balik dengan menyertai Umno kembali ekoran kredibiliti beliau yang diketahui sebagai individu yang "flip-flop."

 "PAS tidak berjumpa Ahmad Said. Kenyataan itu bohong. Kita tidak pernah menawarkan apa-apa. Kalau ada membuat tawaran sepatutnya saya selaku pesuruhjaya," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka.
"Dalam isu ini, kita sedar Ahmad ini liabiliti... beliau kita ketahui seorang yang 'flip-flop."

"Saya sendiri tidak pernah bercakap dengan beliau," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Terengganu hari ini.
Satiful bagaimanapun menyuarakan kekesalan terhadap tindakan Ahmad meninggalkan Umno semata-mata isu perkahwinan anak perempuannya.
"Dari Umno beliau datang kepada Umno beliau kembali," katanya, dan menambah rakyat seharusnya boleh menilai kualiti yang dimiliki kepimpinan Umno ini.
"Kita terkilan juga alasan yang diberikan, yang mana termasuk isu peribadi," tambahnya.

PAS Terengganu juga kata Satiful dari awal menyatakan dengan tegas tidak mahu apa yang berlaku di Perak berulang di Terengganu.
"Sebagaimana awal kita katakan, mandat itu perlu kita serahkan kepada rakyat," katanya.
Ditanya sama ada PAS akan tetap mendesak pilihan raya negeri diadakan di Terengganu, Satiful berkata, parti Islam itu akan mengadakan perbincangan dalam hal itu.

"Dengan suasana perkembangan ini, kita beri ruang dan tahniah kepada Datuk Ahmad Razif Abd Rahman sebagai menteri besar baru," katanya.
"Rakyat sebenarnya menilai kualiti kepimpinan Umno, dan Barisan Nasional (BN)," katanya.
Ahmad ketika sidang media di Kemaman, Terengganu semalam menarik balik surat peletakan jawatan dalam Umno bersama kesemua Adun yang menurutinya sebelum ini.

Beliau berkata, tindakan itu diambil sejurus Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut membuat permohonan maaf kepadanya disebabkan salah faham yang timbul berkenaan tarikh perkahwinan anaknya.
Anak perempuan Ahmad dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 17 Mei sedangkan Najib menjangkakan majlis perkahwinan sudah selesai pada 10 Mei.

Disebabkan salah faham itu, ditambah perletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar pada 12 Mei, beliau kemudian membuat pengumuman meninggalkan Umno keesokan harinya, pada 13 Mei bersama dua adun lain iaitu Adun Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Ajil Ghazali Daud.

"Kami saling meminta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik perletakan jawatan sebagai Adun Kijal Umno. Begitu juga Ghazali Taib," katanya merujuk kepada Adun Ajil yang turut meletak jawatan dari Umno.
Roslee bagaimanapun menarik balik perletakan jawatan beliau kelmarin.
Dengan tindakan Ahmad, krisis politik yang berlaku di Terengganu kini selesai apabila jumlah kerusi BN kekal majoriti di dalam DUN.

BN kini memiliki 17 kerusi DUN diikuti PAS 14 kerusi dan PKR 1 kerusi.
Ahmad berkata perkahwinan anaknya itu merupakan maruan bagi dirinya sekaligus menyaksikan beliau mengambil tindakan sedemikian ekoran keengganan Najib menghormati permintaannya. – 15 Mei, 2014. TMI

No comments:

Post a Comment