Saturday, May 31, 2014

Pegawai SPR bertekak dengan wartawan portal

- 31 May 2014
Ketegangan tercetus sebentar di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan apabila dua wartawan portal berita bertekak dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sebuah pusat pengundian.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 10 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah bermula apabila seorang pegawai wanita SPR meminta pihak media keluar dari kawasan sekolah.

Dua wartawan portal itu kemudian bersemuka dengan pegawai yang mendakwa sekumpulan enam petugas media telah "mengganggu" pengundi.

Semua wartawan terbabit menegaskan mereka hanya berdiri di hadapan koridor menunggu lawatan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud ke pusat pengundian itu.

Berikutan itu, seorang anggota polis datang bercakap dengan pegawai SPR berkenaan yang kemudiannya membenarkan pihak media menunggu di situ.

Sebelum itu, beberapa jurugambar mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan sekolah berkenaan.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.
  
Rakyat Teluk Intan hari ini memilih sama ada Dyana atau calon BN Datuk Mah Siew Keong bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat.
  
Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan Mah dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.Malaysiakini

No comments:

Post a Comment