28/5/14
Oleh Mohamad Azim Fitri Bin Abd Aziz
Kuala Lumpur: Pelumba basikal negara Kimberley Yap parah selepas
terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Penchala Link menghala Damansara,
kira-kira jam 8 pagi tadi.
Difahamkan, ketika kejadian beliau menjalani latihan secara berseorangan sebelum dilanggar sebuah kereta dari belakang.
Menurut sumber polis, berikutan kejadian Kimberley dikejarkan ke
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi rawatan selepas cedera di
bahagian kaki, kepala dan badan.
Sumber memberitahu, Yap yang berusia 29 tahun kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan lanjut.
Sumber memberitahu, Yap yang berusia 29 tahun kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan lanjut.
Harian Metro difahamkan Kimberley berlatih seawal jam 7 pagi dan sering menggunakan laluan berkenaan bagi mempersiapkan diri menghadapi kejohanan antarabangsa. myMetro
No comments:
Post a Comment