Roket Rusia meletup. ©AFP PHOTO
Roket tanpa awak Rusia baru dilancarkan hari ini gagal berfungsi sehingga kembali jatuh berkeping-keping ke bumi.
Roket bernama Proton-M itu membawa sebuah satelit komunikasi paling canggih untuk diorbitkan di luar Bumi. Roket itu dilancarkan dari pangkalan di Kazakhstan, seperti dilansir surat khabar the Independent, Jumaat (16/5). Satelit itu dirancang untuk memberikan akses Internet di wilayah terpencil Rusia.
Roket itu tidak berfungsi pada ketinggian 160 kilometer di atas permukaan bumi setelah sembilan minit dilancarkan.
Seorang juru cakap Badan Antariksa Rusia mengatakan mereka sedang menyiasat kegagalan fungsi roket itu.
Kepingan roket yang jatuh ke bumi itu tersebar di wilayah timur Rusia, Siberia, dan bahkan di Laut Pasifik.
Merdeka.com -16/5/14
No comments:
Post a Comment